Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu : 20 Mac 2018, telah berlangsung sebuah majlis di Bilik Seminar 2 Yayasan Islam Kelantan yang mana dalam majlis ini telah di datangi oleh pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dalam majlis ini YM Pengarah YIK, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus telah memberi ucapan tentang persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari segi mental, fizikan dan terumata sekali dari kewangan. 

Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapa oleh Penolong Pengarah (HEM), Ustaz Ahmad Pakhruddin Bin Deraman dan Penolong Pengarah (Perkhidmatan Guru) Azhar Bin Salleh tentang universiti di luar negara dan bidang yang disediakan berserta yuran tahunan.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Ustaz Zaki bin Deraman.

Kota Bharu : Seramai 5439 pelajar daripada Yayasan Islam Kelantan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017. Jumlah calon ini adalah bertambah sebanyak 40 calon berbanding tahun 2016 seramai 5399 calon. Calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A berjumlah 137 pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai 36 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.

         Daripada jumlah calon SPM 2017, seramai 5102 calon atau 93.80% layak mendapat sijil iaitu lulus minima matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Peratusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.99% berbanding tahun 2016 iaitu sebanyak 4957 calon atau 91.81%. Jumlah calon yang menerima Pernyataan Keputusan ialah seramai 295 calon menurun berbanding tahun 2016 seramai 400 calon. Jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran pula ialah seramai 42 calon menyamai 42 calon pada tahun 2016.

        Berdasarkan analisis yang dijalankan, 17 buah sekolah telah mencatat keputusan kelulusan 100.00%.

        Melalui keputusan yang diumumkan ini, semua yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa-masa akan datang. Saya mewakili Yayasan Islam Kelantan mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar cemerlang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas pencapaian ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

Analisis Keputusan SPM sekolah-sekolah YIK bagi tahun 2017 boleh dirujuk di Pautan.

Bachok : Pada tahun ini seramai 251 orang pelajar Kelantan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir. Mereka akan mengambil jurusan Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin bagi sesi 2018/2019.

Pada 24 Februari lalu telah berlangsung kursus bahasa Arab di Irama Beach Resort, Pulau Belongan Bachok sebagai persediaan sebelum berangkat ke Kaherah. Kursus ini akan berakhir pada 4 Mac, Ahad ini.

Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan dengan bahasa Arab komunikasi, bahasa pasar Mesir (Amiyah), ceramah agama dan persediaan sebelum berangkat ke sana.

Di Kaherah mereka akan berkursus selama 18 hari lagi sebelum menduduki ujian kemasukan (Imtihan Qabul: IQ) pada 15 April. Kursus IQ ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

Pihak Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai pengendali kursus amat berharap agar kursus ini dapat membantu pelajar lulus dalam IQ dan berjaya memasuki Al-Azhar dengan jayanya.

Kota Bharu : Kursus Pemantapan Pengajaran Taabir Tingkatan 2 Sesi 1 anjuran Unit Pusat Bahasa Arab telah berlangsung pada 11 Febuari 2018 di Bilik Seminr 2 YIK.

Kursus dihadiri oleh guru-guru mata pelajaran Taabir Tingkatan 2 sekolah-sekolah YIK zon 1-4.

Kursus dikendalikan oleh ustaz Wael Kharsah dari Syria yang mempunyai kepakaran dalam kaedah pengajaran bahasa Arab. Interaksi guru Taabir dengan ustaz Wael diharap dapat meningkatkan lagi kemampuan berkomunikasi guru YIK.

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pengajaran Taabir serta penguasaan bahasa Arab.

PUTIK, Pengkalan Chepa: Telah berlangsung Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2017. Tokoh Tahfiz pada tahun ini disandang oleh adik Muhammad Hazim Bin Zahari yang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Condong. Beliau sebelum ini pernah menyertai Musabaqah Al-Quran Kategori 20 Juz pada tahun 2017 dan pernah menyertai Kuiz Mate Sains peringkat akhir dan mendapat johan. Selain mendapat sijil dan penghargaan lain, beliau turut mendapat pakej penuh bagi mengerjakan umrah dan sebuah komputer riba.

Dalam majlis ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan, Dato' Dr Mohammad Fadzli Dato' Hassan menyatakan bahawa seramai 347 orang hufaz akan menerima anugerah penghargaan pada tahun 2017.

Dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Tahfiz 2017 ini, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para graduasi tahfiz serta ucapan tahniah kepada ibu bapa kerana kesungguhan menghantar anak ke aliran tahfiz untuk memberi laluan kepada anak-anak untuk bergelar hafiz dan hafizah.
Selain itu, Menteri Besar Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada pihak Yayasan Islam Kelantan kerana telah merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai hafiz.

Majlis berakhir dengan penyampaiaan anugerah penghargaan dan bersurai.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 02 Julai 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search