msen
A- A A+

Berita

Kota Bharu, 27 Sept: Yayasan Islam Kelantan harus tampil sebagai Yayasan Pendidikan agama bertaraf nasional, demikian kata YB Dato'Dr Mohmamed Fadzli b Dato' Hj Hassan dalam majlis Keraian peserta Majlis Ihtifal Ilmi peringkat Kebangsaan di Restoran Syam hari ini.
Majlis meraikan kejayaan YIK menjuarai johan keseluruhan MIISMAM tahun 2017 turut diserikan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pasukan yang berjaya. tiga acara yang dimenangi YIK ialah Nasyid Lelaki, Khat Perempuan dan Syarahan Bahasa Melayu Perempuan. MIISMAM pada kali ini diadakan di Maahad Al Masyhur Al Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.
YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserya dan beliau menaruh harapan agar kejuaraan ini dapat dikekalkan untuk masa yang akan datang.
terdahulu YM Pengarah YIK dalam ucapan aluannya berharap agar peserta dapat memberi fokus untuk kecemerlangan akademik bagi melonjak pencapaian dalam semua peperiksaan akhir tahun ini.
Hadir sama dalam majlis berkenaan Timbalan Pengarah Sekolah, Penolong-penolong Pengarah, pegawai dan Penyelia Kokurikulum Yayasan Islam Kelantan.

Pengkalan Chepa, PUTIK : Hari Yayasan Islam Kelantan(YIK) iaitu hari perhimpunan bagi semua warga YIK termasuk tenaga pengajar sekolah-sekolah YIK dan kakitangan YIK telah berlangsung pada 24 September 2017. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob dan Pengurusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Yahaya Bin Daud, Penyelia Tahfiz. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YM Haji Tengku Abdul Rahman bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam kelantan. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan serta amanat oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengurusi Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi dan YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob. 

Sesudah YAB Ustaz Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan anugerah. Bagi Anugerah Sekolah Terbaik keseluruhan kategori Maahad Kawalan dimenangi oleh Maahad Muhammadi (Perempuan). Manakala, bagi kategori Maahad Pilihan pula dimenangi Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan kategori SMU(A) dimenangi SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung.

Anugerah Pencapaian 100% bagi peperiksaan PT3 diperolehi oleh sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains al Muhammadi, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, dan Maahad Muhammadi(P). Manakala bagi peperiksaan SMU pula, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Maahad Tahfiz al-Quran Asriah, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan SABK TAR. Islamiah Kuala Kajang. Peperiksaan SPM, Maahad Muhammadi(P), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.

Selain itu, Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum bagi kategori Maahad Kawalan diperolehi oleh Maahad Muhammadi Tanah Merah. Maahad Pilihan pula dimenangi oleh Maahad Muhammadi Tumpat. Kerajaan, Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas. SMU(A), SMU(A) As-Saadah Batu Mengkebang, dan akhir sekali kategori SABK dimenangi oleh SMU(A) Al-Kauthar Peringat.

Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdullah Hashim bin Omar Mantan Pengetua Maahad Syamsul Maarif Pulai Chondong telah dinobatkan sebagai tokoh pendidik Yayasan Islam Kelantan pada tahun ini.

Kota Bharu : Telah berlangsung satu Majlis Keraian Kontijen Kelantan KESSUMA 2017 bersempena mendapat Johan Keseluruhan dalam KESSUMA 2017. Turut hadir YB Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Timbalan Pengarah bahagian  Pengurusan dan Timbalan Pengarah bahagian Sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Majlis bermula pada pukul 12:00 tengahari di Restoran Syam, Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Nik Ab Rahman Bin Nik Yusof, Timbalan Pengarah bahagian Pengurusan dan kemudiannya ucapan daripada YB Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood. Seterusnya diikuti dengan acara penyampaian sijil dan pingat kepada ketiga-tiga acara yang telah memenangi pingat emas dalam KESSUMA 2017. Ketiga-tiga acara yang telah menjuarai pingat emas ialah acara bola sepak, bola tampar lelaki dan badminton perempuan. kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada jurulatih bagi ketiga-tiga acara tersebut. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari bagi semua tetamu yang hadir.

 

17 September 2017, Kelab Sukan dan Kebajikan YIK telah menganjurkan program berbasikal 'YIK Fun Ride' melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 200 orang pegawai, kakitangan, pengetua dan guru-guru YIK. Acara kayuhan sejauh 15 KM itu diketuai dan disempurnakan pelepasannya oleh YM Pengarah YIK sendiri.

 

 

Batu Mengkebang:YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus mengadakan lawatan Kerja ke SMU(A) Batu Mengkebang Kuala Krai pada 3 Ogos 2017. Lawatan kerja yang diadakan antara lain adalah bertujuan meninjau secara lebih dekat perkembangan pembangunan dan akademik di sekolah berkenaan. Rombongan YM Pengarah disambut meriah oleh pelajar -pelajar dan juga persembahan dikir barat dari kumpulan dikir sekolah.

Beliau juga sempat mengadakan pertemuan dan beramah mesra dengan guru-guru. Dalam ucapan aluan, pengetua melahirkan rasa terharu dan amat teruja dengan kesudian YM Pengarah berkunjung ke SMU(A) As Saadah pada kali ini. Perkembangan pencapaian akademik cukup membanggakan dan dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan SMU dan SPM. Peratus pencapaian juga meningkat dengan ketara sehingga menjadi aspirasi kepada semua pelajar.

Pengetua menegaskan komitmen beliau untuk terus memperkasa bidang akademik dan kokurikulum bagi meneruskan pencapaian dan dapat mengembalikan kegemilangan yang pernah dicatat sebelum ini.

Sementara itu YM Pengarah dalam ucapannya menyarankan agar susunatur pembangunan sekolah dapat dibuat dengan lebih tersusun, sehingga menampilkan suasana yang kondusif dan menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kita perlu berbangga dengan tawaran pendidikan Islam yang lebih berkesan berbanding dengan institusi lain. Tahniah kepada pihak sekolah yang mampu menyedarkan masyarakat untuk menaruh kepercayaan kepada pengurusan pendidikan Islam.

Hadir dalam lawatan berkenaan semua Timbalan Pengarah, semua pegawai Unit Kenaziran, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Penolong Pengarah Kurikulum Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 17 Mac 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search