Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2019 ialah seramai 5669 orang atau 92.12 peratus daripada jumlah calon seramai 6,154 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut. Berlaku penurunan sebanyak 0.86 peratus.

Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 2635 calon berbanding 2,807 calon pada tahun 2018. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 1,513 calon berbanding 1496 calon pada tahun 2018. Pencapaian pangkat Jayyid (Baik) seramai 1132 calon berbanding 1,150 calon pada tahun 2018 dan pencapaian pangkat Maqbul (Lulus) seramai 389 calon berbanding 336 calon pada tahun 2018.

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran ialah seramai 236 orang calon manakala seramai 2635 orang calon mendapat pangkat Mumtaz (Pangkat 1)

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi (GPS : 1.01), Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong memperolehi (GPS : 1.03) dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Maahad Tahfiz Al-Asriah memperolehi (GPS : 1.13)

Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 61 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon meningkat seramai 12 orang berbanding tahun 2018 seramai 49 orang calon. Pelajar yang lulus pada tahun 2019 ialah seramai 36 orang calon. Peratus kelulusan penuh Sijil Tinggi Ugama Pondok tahun 2019 ialah 59.02 peratus berbanding 83.67 peratus tahun 2018. Keputusan ini menunjukkan penurunan sebanyak 24.65 peratus  berbanding tahun 2018.

Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 6 orang. pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik) seramai 10 orang, pangkat Jayyid (Baik) seramai 17 orang dan pangkat Maqbul (Lulus) seramai 3 orang. Terdapat  seorang calon yang mendapat 8 Mumtaz dalam semua mata pelajaran.

Melalui keputusan yang diumumkan ini, adalah diharapkan semua pihak yang terlibat sama ada para guru, ibu bapa dan pelajar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa – masa akan datang.

Kota Bharu : 15 januari 2019, telah berlansung Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) diantara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) dan Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan dengan Universiti Ez-Zitouna Tunisia.

Perjanjian kerjasama akademik ini membolehkan lepasan Diploma KIAS dan Pusat Pengajian Pondok YIK menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD di Universiti Ez-Zitouna, Tunisia. Ijazah akan dikeluarkan oleh Universiti Ez-Zitouna.

Perjanjian ini akan mempertingkatkan jaringan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa melalui penyelidikan dan penerbitan, program pertukaran pensyarah dan program pertukaran pelajar.

Program ini dijangka akan dapat dimulakan pada Jun 2019.

Pelaksanaan MOU ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan ilmu di negeri 'Serambi Mekah'



NILAM PURI: Office of the Kelantan Islamic Foundation has organized a lecture entitled Highlights Developments in Gaza on Thursday, August 19, 2014 is equal to 23 Shawwal 1435 AH, at the Seminar Room 1, Kelantan Islamic Foundation. The event was attended by a total of 100 officers and staff of Yayasan Islam Kelantan. The event was organized by the Kelantan Islamic Foundation WANIS.

Highlights Developments Gaza talks were presented by Hon. En. Johan Arif Bin Ismail as Head of Media MAPIM who is also a member of the Humanitarian Aid Delegation to Syria, Gaza and Myanmar. Among the highlights of the talk was about the Earth Syria and its importance, the suffering of Muslims in Gaza, the contributions have been presented to the Muslim population there and the construction was carried out in the country to ease the burden of the proceeds from donations and contributions from Malaysians.

PENGENALAN W3C

Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan mempuyai kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Kemudakan ini disediakan bagi memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0 supaya menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan OKU.

Kemudahan yang disediakan adalah untuk Pengguna warga tua seperti:

Pengubah saiz teks - Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas sebelah kanan Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

 

Bagi kemudahan bagi kemudahan Pengguna yang Cacat Penglihatan, ianya masih di dalam peringkat percubaan dan akan dilaksanakan sedikit masa sahaja lagi.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 19 Mei 2020.
© Yayasan Islam Kelantan 2020

Search