Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

CADANGAN SESI PERSEKOLAHAN YAYASAN ISLAM KELANTAN YANG BERMULA 8.00 PAGI DARI JANUARI SEHINGGA JUN AKAN DIPANJANGKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN INI. APA PANDANGAN ANDA?

Kelantan mendahului negeri-negeri lain apabila mengumumkan waktu pembelajaran sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada Januari hingga Jun 2016 akan bermula jam 8 pagi. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perubahan itu berlaku disebabkan kelewatan waktu solat Subuh bagi tempoh enam bulan pertama bagi tahun 2016. Namun, setelah tempoh 6 bulan tersebut, ada dari kalangan ibu bapa dan pelajar yang berminat dan memberi cadangan untuk meneruskan sesi persekolah pada pukul 8.00 pagi pada bulan-bulan yang berbaki disebabkan oleh masa yang bersesuaian untuk ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam, bancian bertajuk Cadangan sesi persekolahan Yayasan Islam Kelantan yang bermula 8.00 pagi dari Januari sehingga Jun akan dipanjangkan sehingga akhir tahun ini. Apa pandangan anda? telah diadakan melalui bancian secara undian atas talian bermula pada 15/5/2016 hingga 16/6/2016. Bancian yang dibuat di facebook menunjukkan seramai 52 pengunjung facebook telah menyertai undian ini. Keputusan undian menunjukkan 79% iaitu 41 peserta bersetuju bahawa sesi persekolahan Yayasan Islam Kelantan yang bermula 8.00 pagi dari Januari sehingga Jun dipanjangkan sehingga akhir tahun ini, 19% iaitu 10 peserta tidak bersetuju dengan kaedah tersebut manakala selebihnya, 2% iaitu 1 peserta memilih pilihan tidak pasti. Manakala bancian yang dibuat di laman web pula seramai 31 pengunjung laman web yang menyertai undian ini. Keputusan undian di laman web menunjukkan 26 peserta yang bersetuju, 3 pserta tidak bersetuju dan 1 orang tidak pasti.

 

Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sering memikirkan perkara yang terbaik bagi memberi kemudahan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Dengan sebab itu undian dibuat bagi memastikan keputusan yang akan dibuat bersesuaian dengan kehendak rakyat dan kerajaan negeri. Keputusan undian iaitu cadangan sesi persekolahan Yayasan Islam Kelantan telah mendapat persetujuan dari Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan dan akan dipanjangkan sehingga akhir tahun 2016.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 12 Jun 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search