Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

CADANGAN KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN YAYASAN ISLAM KELANTAN DIBUKA PADA HARI JUMAAT DAN SABTU. APA PANDANGAN ANDA?

Bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam, bancian bertajuk 'Cadangan Kaunter Khidmat Pelanggan Yayasan Islam Kelantan dibuka Pada Hari Jumaat dan Sabtu. Apa pandangan anda?' telah diadakan melalui bancian secara undian atas talian bermula pada 29/9/2016 hingga 29/10/2016. Bancian yang dibuat di facebook menunjukkan seramai 3 pengunjung facebook telah menyertai undian ini. Keputusan undian menunjukkan 67% iaitu 2 peserta tidak bersetuju bahawa cadangan kaunter khidmat pelanggan Yayasan Islam Kelantan dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu, 33% iaitu 1 peserta bersetuju dengan kaedah tersebut manakala selebihnya, 0% iaitu tiada peserta memilih pilihan tidak pasti. Manakala bancian yang dibuat di laman web pula seramai 34 pengunjung laman web yang menyertai undian ini. Keputusan undian di laman web menunjukkan 24 peserta yang bersetuju, 7 pserta tidak bersetuju dan 3 orang tidak pasti.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) sering memikirkan perkara yang terbaik bagi memberi kemudahan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Pihak pengurusan telah mempertimbangkan keputusan undian ini dan telah mengekalkan waktu bekerja Kaunter Khidmat Pelanggan Yayasan Islam Kelantan selaras dengan hasil undian yang diterima dan hasil perbincangan dari pihak Pengurusan Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 03 Disember 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search