Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

PANDANGAN ADAKAH MAJLIS GRADUASI TAHFIZ YIK PERLU DIADAKAN SETIAP TAHUN?

Bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam, bancian bertajuk Setiap tahun Yayasan Islam Kelantan mengadakan Majlis Graduasi Tahfiz untuk meraikan pelajar-pelajar yang khatam 30 juzuk. Menurut pandangan anda adakah ia perlu diadakan setiap tahun? telah diadakan melalui bancian secara undian atas talian bermula pada 29/11/2016 hingga 8/11/2016. Bancian yang dibuat di facebook menunjukkan seramai 14 pengunjung facebook telah menyertai undian ini. Keputusan undian menunjukkan 93% iaitu 13 peserta bersetuju Majlis Graduasi Tahfiz YIK perlu diadakan setiap tahun dan 7% iaitu 1 peserta tidak bersetuju dengan kaedah tersebut. Manakala bancian yang dibuat di laman web pula seramai 13 pengunjung laman web yang menyertai undian ini. Keputusan undian di laman web menunjukkan 10 peserta yang menyatakan perlu diteruskan manakala 3 pserta lagi menyatakan tidak bersetuju.

Yayasan Islam Kelantan (YIK) sering memikirkan perkara yang terbaik bagi memberi kemudahan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Dengan sebab itu undian dibuat bagi memastikan keputusan yang akan dibuat bersesuaian dengan kehendak orang awam dan kerajaan negeri. Keputusan undian ini  telah diketengahkan kepada pihak pengurusan dan hasilnya ialah pihak pengurusan meneruskan tradisi penganjuran Majlis Graduasi Tahfiz selaras dengan hasil undian dan pandangan positif dari masyarakat. Oleh itu, Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan 2016 akan diadakan pada 17 Disember 2016.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 12 Jun 2019.
© Yayasan Islam Kelantan 2019

Search