Lawatan Muhibbah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ke YIK

NILAM PURI 28 April 2017 - Satu perlawanan badminton persahabatan antara kakitangan Yayasan Islam Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan. Perlawanan persahabatan tersebut berkesudahan dengan empat kemenangan dan satu seri. Terdahulu JHEAT telah mengadakan lawatan muhibbah ke Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan dan mendengar taklimat dari pihak pengurusan sekolah berkaitan kurikulum dan kejayaan yang dicapai oleh sekolah masing-masing sebelum mengakhiri lawatan muhibbah tersebut dengan perlawanan badminton persahabatan di Dewan Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.