65 Guru YIK Terima Surat Jawatan Guru Khas

Kota Bharu: 29 Oktober 2017, Seramai 65 orang guru Yayasan Islam Kelantan menerima surat jawatan Guru Khas dalam satu majlis yang diadakan di Hotel al-Ansar dekat sini. Majlis penyampaian berkenaan  telah dilakukan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan.

 "Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus kepada kebajikan guru-guru dengan menambah bilangan guru yang dilantik dari 40 kepada 65 pada kali ini", demikian kata YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan. Dalam majlis yang sama beliau turut mengingatkan semua guru agar dapat memperlengkapkan diri dengan kaedah pengajaran yang berkesan bagi menghadapi gejala keruntuhan moral yang semakin serius, ancaman penagihan dadah dan pil-pil khayal dikalangan remaja perlu dibenteras sedaya mungkin. Wabak penyakit merbahaya ini jika tidak dibendung akan meranapkan bangsa dan negara. Justeru itu, guru dan para pemimpin mempunyai amanah yang besar, memikul tanggungjawab untuk menjaga ummah dan masyarakat. Ini ditambah lagi dengan cabaran pendokong LGBT, Kumpulan Artikel 11, dan lain-lain NGO yang berfikiran liberal, ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan, mewakili YM Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan Penolong-penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.