Kejohanan Badminton Piala Pengarah Yayasan Islam Kelantan 2017

KOTA BHARU : Satu kejohanan badminton telah diadakan pada 15 Safar 1439H bersamaan 4 November 2017. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Islam Kelantan bertempat di Dewan Badminton PBNK, Telipot bermula 8.00 pagi berakhir 6.40 petang.

YM Pengarah di dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perserta yang bersemangat dan menyatakan tujuan kejohanan ini selain memupuk ukhwah sesama warga Yayasan Islam Kelantan, ia juga diharap menjadi satu titik tolak permulaan kepada individu yang sudah lama berhenti bersukan agar meneruskan aktiviti riadah ini selepas kejohanan yang dilangsungkan.

YM Pengarah juga sempat memberi pesanan agar masing-masing menjaga kesihatan melalui sukan dan pemakanan.

Pertandingan badminton ini berlangsung dengan sangat sengit dimana sebanyak 9 pasukan dari semua zon menghantar 12 orang pemain untuk 1 pasukan. Anggaran seramai hampir 100 orang pemain berhimpun di Dewan Badminton untuk bersaing secara sihat. Manakala Yayasan Islam Kelantan turut menghantar 2 pasukan iaitu YIK (A) dan YIK (B).

Keputusan pertandingan memihak kepada Pasukan YIK (A) dengan dinobatkan selaku juara bertahan, manakala Zon 6 (Machang) meraih naib johan. Tempat Ke 3 bersama diraih Pasukan YIK (B) dan Zon 4 (Pasir Mas).

Majlis berakhir pada pukul 6.40 petang sejurus selepas YM Pengarah menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.