8 orang Pelajar Yayasan Islam Kelantan mendapat 10 Mumtaz

Kota Bharu : Khamis, 4 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Ugama(SMU), Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran(SMTQ) dan
Sijil Tinggi Ugama Pondok(STUP) bagi tahun 2017 di Dewan Yayasan Islam Kelantan.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus. Dalam ucapan beliau, Yang Mulia menekankan agar mudir dan guru-guru melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik agar prestasi kecemerlangan pelajar sentiasa dapat ditingkatkan. 

Seterusnya, Pengumuman peperiksaan telah dilaksanakan oleh Dato' Muhamad Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan. Dalam pengumuman tersebut telah dinyatakan terdapat banyak peningkatan dalam ketiga-tiga peperiksaan tersebut pada tahun 2017. Selain itu, 27 buah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam kelantan telah mencapai 100% peratus kelulusan dan seramai 8 orang pelajar mendapat keputusan 10 Mumtaz(Cemerlang) dalam peperiksaan yang diduduki.

Majlis berakhir dengan penyampaian anugerah kepada kesemua 8 orang pelajar yang mendapat 10 Mumtaz dan sesi bergambar.

Turut hadir bersama, timbalan-timbalan pengarah Yayasan Islam Kelantan, mudir-mudir serta ibubapa pelajar-pelajar.

Analisa peperiksaan SMU, SMTQ, dan STUP boleh dirujuk melalui (Pautan Ini).

 

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.