Majlis Graduasi Tahfiz 2017

PUTIK, Pengkalan Chepa: Telah berlangsung Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan bagi tahun 2017. Tokoh Tahfiz pada tahun ini disandang oleh adik Muhammad Hazim Bin Zahari yang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Condong. Beliau sebelum ini pernah menyertai Musabaqah Al-Quran Kategori 20 Juz pada tahun 2017 dan pernah menyertai Kuiz Mate Sains peringkat akhir dan mendapat johan. Selain mendapat sijil dan penghargaan lain, beliau turut mendapat pakej penuh bagi mengerjakan umrah dan sebuah komputer riba.

Dalam majlis ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan, Dato' Dr Mohammad Fadzli Dato' Hassan menyatakan bahawa seramai 347 orang hufaz akan menerima anugerah penghargaan pada tahun 2017.

Dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Tahfiz 2017 ini, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para graduasi tahfiz serta ucapan tahniah kepada ibu bapa kerana kesungguhan menghantar anak ke aliran tahfiz untuk memberi laluan kepada anak-anak untuk bergelar hafiz dan hafizah.
Selain itu, Menteri Besar Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada pihak Yayasan Islam Kelantan kerana telah merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai hafiz.

Majlis berakhir dengan penyampaiaan anugerah penghargaan dan bersurai.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.