Kursus Melanjutkan Pengajian ke Universiti Al-Azhar

Bachok : Pada tahun ini seramai 251 orang pelajar Kelantan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir. Mereka akan mengambil jurusan Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin bagi sesi 2018/2019.

Pada 24 Februari lalu telah berlangsung kursus bahasa Arab di Irama Beach Resort, Pulau Belongan Bachok sebagai persediaan sebelum berangkat ke Kaherah. Kursus ini akan berakhir pada 4 Mac, Ahad ini.

Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan dengan bahasa Arab komunikasi, bahasa pasar Mesir (Amiyah), ceramah agama dan persediaan sebelum berangkat ke sana.

Di Kaherah mereka akan berkursus selama 18 hari lagi sebelum menduduki ujian kemasukan (Imtihan Qabul: IQ) pada 15 April. Kursus IQ ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

Pihak Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai pengendali kursus amat berharap agar kursus ini dapat membantu pelajar lulus dalam IQ dan berjaya memasuki Al-Azhar dengan jayanya.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.