Perjanjian Kerjasama Akademik antara YIK dan Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar Sumatera Barat

Kota Bharu : Satu majlis tandatangan perjanjian kerjasama akademik antara Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar Sumatera Barat telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu pada 11 April 2018.

Tandatangan ini di antara pihak Yayasan Islam Kelantan diwakili Pengarah YIK, YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan Timbalan Pengarah (Akademik) Tuan Haji Zaki Deraman disaksikan oleh YB. Dato' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi YB Dato' Hj. Mohamad bin Awang, manakala bagi pihak IAIN Batu Sangkar pula diwakili oleh Rektor Dr H Kasmuri,MA dan Timbalan Rektor Dr Rizal, M.Ag.

Perjanjian kerjasama akademik ini bertujuan memanfaatkan secara optima segala sumber daya yang ada diantara kedua-dua belah pihak dalam melahirkan generasi muda insan rabbani dan dinamik dalam menghadapi era globalisasi dengan mengusahakan kerjasama akademik dan aktiviti-aktiviti ilmiah telah dipersetujui secara bersama serta berkongsi kepakaran yang sedia ada.

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri, Yayasan Islam Kelantan dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar.
Melalui kerjasama ini hubungan pendidikan antara dua institusi ini dapat diperluaskan dalam bidang yang mendatangkan manfaat bersama.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.