Majlis Tadarus dan Iftar Peringkat Yayasan Islam Kelantan 2018

Nilam Puri: Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan satu program Majlis Tadarus dan Iftar peringkat Yayasan Islam Kelantan bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan pada 19 Ramadhan 1439H / 4 Jun 2018.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran ayat 119 hingga ayat 121 Surah At-Taubah oleh Ustaz Yahaya Bin Daud, Penyelia Tahfiz. Pengisian seterus majlis tadarus tersebut dengan tafsir ayat tersebut oleh Dato Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh merangkap Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah Pengurusan YIK, En. Nik Ab Rahman Bin Nik Yusof yang mengalu-alukan kehadiran YB Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Teknologi Maklumat.

YB Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan kemudiannya menyampaikan amanat kepada warga kerja Yayasan Islam Kelantan yang hadir di majlis tersebut. Antara lain beliau memberi penekanan sektor pendidikan merupakan keutamaan bagi Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan perlu meneruskan kesinambungan pendidikan di negeri ini. Majlis kemudiannya diteruskan sesi dialog diantara warga kerja dan pimpinan negeri.

Majlis diakhiri dengan berbuka puasa beramai dan solat Maghrib secara berjemaah. Turut hadir sama, YB Ustaz Azhar Salleh, ADUN Pulai Chondong.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.