Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri 2018 Peringkat Yayasan Islam Kelantan

Kota Bharu : 27 Jun 2018 (Rabu) – Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Islam Kelantan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Syawal 1439H bersamaan 27 Jun 2018 bertempat di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.

Majlis sambutan hari raya ini turut dihadiri oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Dato Haji Ahmad bin Yaakob. Majlis ini diserikan lagi dengan hiasan pentas yang menarik berunsurkan tema hari raya kampung serta gerai tradisional yang menyediakan juadah tradisi. Majlis ini diadakan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pentadbir, kakitangan dan pengetua, selain bermaaf-maafan sesama mereka sempena Aidilfitri sambil menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.


Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Nik Abdullah, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Hj Nazran bin Muhammad, YBhgia Dato Hj Nik Kazim bin Hj Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, ahli-ahli Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan, Timbalan-timbalan Pengarah, Pengetua-pengetua sekolah YIK, pegawai serta kakitangan Yayasan Islam Kelantan.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.