YIK Sumbang Kenderaan kepada Maahad Sains Tok Guru (MSTG)

Kota Bharu – Yayasan Islam Kelantan menyumbangkan kenderaan Proton Exora kepada Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa untuk kemudahan pelajar-pelajar.

Majlis penyerahan berkenaan telah diadakan pada 2 Julai 2018 di perkarangan pejabat Yayasan Islam Kelantan oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus Pengarah kepada Tuan Haji Zakaria bin Mohamed, Pengetua Maahad Sains Tok Guru (MSTG) yang mewakili pentadbiran sekolah.

Yayasan Islam Kelantan mengharapkan pihak sekolah dapat menggunakan kemudahan ini bagi keselesaan pelajar khususnya memudahkan pergerakan menghadiri program-program rasmi sekolah.

Pihak YIK sentiasa komited dalam meningkatkan kemudahan bagi mempastikan  program-program pendidikan Islam dan pembangunan modal insan di negeri Kelantan dapat dijayakan.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.