Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan

Pasir Mas : Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan disambut meriah di Mini Stadium Pasir Mas, pada 31 Ogos 2018. Kontinjen Yayasan Islam Kelantan turut mengambil bahagian dalam pembarisan bersama 69 kontinjen jabatan kerajaan yang lain.

Sambutan itu dirasmikan YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Dato Haji Ahmad bin Yaakob dan turut dihadiri oleh Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Persembahan seni Tempur Tanpa Senjata (TSS) oleh ATM dari 8 Briged dan paluan Cina gendangan 24 Musim menceriakan lagi suasana perkarangan Mini Stadium Pasir Mas pada pagi tersebut .

Majlis berakhir dengan bacaan doa dan perarakan keluar oleh 69 kontinjen jabatan kerajaan.

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.