Kejohanan Badminton Piala Pengarah Yayasan Islam Kelantan 2018

KOTA BHARU : Satu kejohanan badminton telah diadakan pada 12 Rabiulawal 1440H bersamaan 20 November 2018. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Islam Kelantan bertempat di Kota Bharu Badminton Centre, Kota Bharu bermula 8.00 pagi berakhir 6.00 petang.

YM Pengarah di dalam ucapan perasmiannya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perserta yang kelihatan hadir di awal pagi dan bersemangat. YM Pengarah juga turut menyatakan tujuan kejohanan ini iaitu selain pertandingan merebut kejuaraan ia juga adalah salah satu usaha untuk mengeratkan ukhwah dan tali persaudaraan sesama warga Yayasan Islam Kelantan samada di peringkat pejabat mahupun sekolah-sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan.

Pertandingan badminton ini berlangsung dengan sangat sengit yang mana sebanyak 9 pasukan dari semua zon menghantar 12 orang pemain untuk 1 pasukan. Anggaran seramai hampir 115 orang pemain berhimpun di Dewan Badminton untuk bersaing secara sihat. Manakala Yayasan Islam Kelantan turut menghantar 2 pasukan iaitu YIK (A) dan YIK (B).

Keputusan pertandingan memihak kepada Pasukan YIK (A) dengan dinobatkan selaku juara bertahan, manakala Zon 6 (Machang) meraih naib johan. Tempat Ke 3 bersama diraih Pasukan Zon 1&2 (Kota Bharu) dan Zon 4 (Pasir Mas).

Majlis berakhir pada pukul 6.00 petang sejurus selepas YM Pengarah menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar.

 

RSS Feed YIK

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.