Derma Online Pembinaan Masjid Sekolah YIK

Sistem Pembayaran Secara Online Untuk Tabung Masjid Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan

Kami telah melancarkan sistem pembayaran secara online secara berpusat untuk sumbangan derma bagi Tabung Masjid Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan. Sistem bersepadu ini untuk memudahkan orang ramai menyumbang derma untuk pembinaan masjid untuk sekolah-sekolah dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan hanya dengan satu klik pautan sahaja.

Sistem pembayaran online untuk sumbangan pembinaan masjid ini telah digerakkan setelah pihak Yayasan Islam Kelantan menerima cadangan daripada orang ramai untuk melaksanakan sistem bayaran berpusat iaitu mengguna pakai bank-bank para penyumbang yang sedia ada tanpa hanya perlu bergantung kepada penyumbang dari pengguna Bank Islam Online sahaja. Untuk makluman, pihak kami juga telah mendapat kelulusan kebenaran memungut derma bagi pembinaan masjid di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan dari Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan iaitu nombor rujukan: MAIK.D231/PK/105/2010-15(2) pada 8 Julai 2010 bersamaan 25 Rejab 1431H. 


Dengan adanya sistem pembayaran secara online berpusat ini, ianya kebanyakan sistem bank-bank online di Malaysia seperti Alliance Online, AM Online, CIMB Clicks, Credit Card,FPX (CIMB Click / Public Bank Online / Bank Islam Online / Maybank2u), Hong Leong Online, Maybank2u, Meps Cash, Mobile Money, RHB Online serta Web Cash. Untuk makluman para penyumbang, sistem yang sama ini juga telah digunapakai oleh Mercy Malaysia, Islamic Relief serta Malaysian Care 


Wang yang diterima akan dimasukkan kedalam bank Islam "Tetuan Tabung Masjid Yayasan Islam Kelantan" nombor akaun 03018010143306.


Sila klik dibawah untuk menyumbang. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih diatas sumbangan saudara/saudari.

.

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.