1. Bagaimana saya ingin memohon kerja di Yayasan Islam Kelantan?

Yayasan Islam Kelantan amat menghargai niat tuan/puan untuk berkhidmat dengan Yayasan Islam Kelantan. Namun, dukacita dimaklumkan buat masa sekarang tiada sebarang jawatan kosong kecuali guru tahfiz yang perlu kepada sekurang-kurang diploma tahfiz yang diiktiraf. Dan pihak kami akan iklankan di facebook dan portal rasmi Yayasan Islam Kelantan jika terdapat jawatan kekosongan dibuka.

 2. Namun, sebarang permohonan boleh dibuat dengan pos surat permohonan beserta resume, salinan transkrip diploma/ijazah dan salinan keputusan SPM yang telah disahkan ke Yayasan Islam Kelantan. Sebarang salinan yang tidak disahkan, tidak akan dilayan. Sila tulis di sampul surat, Permohonan  Jawatan Sebagai ..........  dengan mengisi ruang kosong tersebut dengan jawatan yang dipohon dan poskan ke alamat:

YM Pengarah
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

  * Dan adalah dimaklumkan hanya  calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan tuan/puan dikira tidak berjaya sekiranya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari kami.

2. Saya seorang pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal/latihan industri di YIK. Bagaimanakah caranya?

Yayasan Islam Kelantan amat mengalu-alukan niat saudara/saudari untuk menjalani latihan praktikal dengan Yayasan Islam Kelantan.

Sehubungan dengan itu sebarang permohonan latihan praktikal, sila sertakan surat dari universiti/kolej berkenaan dipanjangkan ke pejabat Yayasan Islam Kelantan di alamat Yayasan Islam Kelantan, Peti Surat 248, 15730, Kota Bharu, Kelantan. 

Tel: 09-7126315 / 09-7128144
Fax : 09-7127806

 

Atau boleh emailkan resume beserta surat permohonan latihan industri ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3. Saya ingin memohon biasiswa dari Yayasan Islam Kelantan. Bagaimanakah caranya?

Untuk makluman pihak tuan/puan, Yayasan Islam Kelantan atau YIK tidak menyediakan sebarang pinjaman pengajian dan biasiswa. Yayasan Islam Kelantan adalah merupakan organisasi menguruskan persekolahan sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan.

Manakala pihak yang bertanggungjawab menguruskan biasiswa dan pinjaman pengajian adalah Yayasan Kelantan Darul Naim atau YAKIN. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.yakin.kelantan.gov.my/.

Berikut adalah maklumat mengenai Yayasan Kelantan Darul Naim:
Alamat: Yayasan Kelantan Darul Naim, Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel : 09-748 3213. Fax : +609-744 9085. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Facebook YAKIN : www.facebook.com/yakin

4. Saya bukan dari sekolah YIK dan ingin memasuki sekolah-sekolah dibawah YIK. Bagaimanakah caranya?

Pihak YIK amat berbangga dengan hasrat saudara/saudari untuk meneruskan pengajian saudara/saudari ke sekolah aliran agama. Untuk makluman saudara/saudari sekolah YIK hanya menerima pelajar yang mempunyai kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama sahaja iaitu kurikulum dari Yayasan Islam Kelantan. 
 
Oleh yang demikian bagi yang berminat menyambung pengajian di sekolah-sekolah YIK hendaklah mengemukakan dokumen termasuk keputusan-keputusan peperiksaan kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Yayasan Islam Kelantan bagi tujuan nilaitaraf. Unit ini akan memutuskan samada layak atau sebaliknya untuk meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.
 
Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi 097126315 dan sambungan kepada Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

5. Saya sebelum ini bersekolah di Yayasan Islam Kelantan dan sekarang kehilangan sijil peperiksaan seperti Sijil Tinggi Ugama(STU)/Sijil Menengah Ugama(SMU)/ Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU). Bagaiman saya ingin mendapatkan salinan sijil tersebut?

Untuk mendapatkan salinan bagi sijil STU/SMU/PMRU yang hilang, berikut 3 perkara yang perlu tuan/puan lakukan:
 
1) Perlu mengisi borang yang disediakan di Unit Penilaian Peperiksaan, Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri, Kelantan. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti:
- Nama penuh 
- Nombor kad pengenalan
- Tahun peperiksaan
- Sekolah 
 
2) Menyediakan  bayaran sebanyak RM 20 untuk setiap salinan sijil.
 
3) Menyertakan 2 keping gambar berukuran passport untuk setiap salinan sijil.

6. Saya ingin menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekolah bawah YIK, sedangkan SPM saya dari sekolah bukan dibawah YIK. Bagaimanakah caranya?

Pihak YIK amat berbangga dengan hasrat saudara/saudari untuk meneruskan pengajian saudara/saudari ke sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.
 
Saudara/saudari boleh memohon dengan mengisi borang bukan sekolah saluran di Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri sebelum 14 Disember 2017.
 
Bersama borang tersebut, sila sertakan slip menduduki SPM beserta sijil SMU/SMA.
 
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat yik di talian 097126315 sambungan kepada Unit Hal Ehwal Murid.

7. Apakah alamat, no telefon/fax dan email Yayasan Islam Kelantan?

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315    
Fax : 09-7127806   
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

8. Mengapa Portal YIK diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Yayasan Islam Kelantan telah disediakan secara online dan Portal YIK diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. 

9. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal YIK tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

10. Apakah itu Portal YIK?

Portal YIK adalah singkatan untuk Portal Rasmi Yayasan Islam Kelantan. Portal YIK merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Yayasan Islam Kelantan melalui Internet.

11. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal YIK?

Umumnya, Portal YIK boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.