Iklan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM/STAM/STPM 2017

KELAYAKAN MEMOHON

1 -  Mencapai keputusan seperti berikut:

                  SPM 2017         - Memperolehi 9A ke atas
                  STAM 2017       -  Memperolehi Pangkat Mumtaz
                  STPM 2017       - Memperolehi 4 Prinsipal A ke atas.

2 -  Anak kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan dan di luar negeri Kelantan.

3 -  Anak bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan

 

BORANG PERMOHONAN

1 -  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK : Kaunter Khidmat Pelanggan) atau Muat turun di sini.

2 -  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke:
                 Pejabat
                 Yayasan Islam Kelantan,
                 Nilam Puri, Peti Surat 248,
                 15730 Kota Bharu,
                 Kelantan (Tel: 09-7126315 samb. 139)
                  (Bahagian Pendaftaran, Unit Peperiksaan YIK)

3Tarikh akhir penyerahan borang ialah pada 02 Mei 2018 (Rabu)

4 -  Borang yang dihantar hendaklah dikepilkan:
                -  Slip Asal Keputusan Peperiksaan (ditunjukkan semasa penyerahan borang).
                -  Salinan keputusan peperiksaan yang disahkan.
                -  Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
                -  Salinan Surat Beranak ibu/bapa pemohon luar Kelantan yang disahkan.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Anugerah kecemerlangan Peperiksaan 2017 akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada 3 Mei 2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2018.

Permohonan lewat boleh dikemukakan kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan selepas 6 Mei 2018.

Bagi memudahkan urusan, anda dinasihatkan supaya membawa bersama dokumen yang diperlukan semasa datang mengambil borang supaya borang permohonan dapat dihantar segera pada hari yang sama. Dokumen yang diperlukan:

1. Sekeping gambar ukuran pasport
2. Slip asal keputusan peperiksaan
3. Salinan keputusan peperiksaan yang disahkan
4. Salinan kad pengenalan yang disahkan
5. Salinan surat beranak ibu bapa pemohon luar Kelantan yang disahkan.

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.