765 pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2017

Pengkalan Chepa - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2017 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah (PUTIK) di sini baru-baru ini merupakan kali ke-14 diadakan sejak tahun 2006.

            Penghargaan berupa sumbangan Kerajaan Negeri ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 9A dan ke atas bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pengkat Mumtaz dalam  Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan 4P A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM).

            Kira-kira seramai 765 orang pelajar menerima anugerah ini yang terdiri dari sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri, sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Anak Kelantan yang cemerlang dari sekolah-sekolah luar negeri.

            Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan program berkata, anugerah kecemerlangan ini merupakan antara acara tahunan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi galakan, penghargaan, suntikan semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar Kelantan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan pada 2017 yang lalu.

            Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaan bagi membangunkan sebuah masyarakat berilmu yang mampu membangun diri dan menggerakan aktiviti harian selari dengan panduan yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada semua manusia.

            Yb Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, sejak anugerah ini mula diperkenalkan mulai tahun 2006 Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM5.76 juta sehingga tahun 2017 dengan harapan sumbangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih terus gigih berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang.

BIL

TAHUN PEPERIKSAAN

BILANGAN PENERIMA

AMAUN

1

2006

999

RM499,500.00

2

2007

904

RM452,000.00

3

2008

729

RM364,500.00

4

2009

1,215

RM607,500.00

5

2010

916

RM458,000.00

6

2011

1,078

RM539,000.00

7

2012

1,124

RM562,000.00

8

2013

1,142

RM571,000.00

9

2014

826

RM413,000.00

10

2015

1,044

RM522,000.00

11

2016

770

RM385,000.00

12

2017

765(sehingga kini)

RM382,500.00

 JUMLAH

 11,512 ORANG

RM5,756,000.00

            Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Pengerusi Jawatan Pembangunan Insan, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Dato’ Mohammad Awang, YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan Timbalan-timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan serta para Pegawai Yayasan Islam Kelantan.

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.